Sunday, May 22, 2011

Noorells GuestHouse

Rumah tetamu ini merupakan sebuah kediaman 2 tingkat yang terletak di Taman Merak Hang Tuah Jaya, Bukit Katil Melaka iaitu lebih kurang 8 km dari Plaza Tol Ayer Keroh. Mempunyai 4 buah bilik tidur, 3 buah bilik air dan kelengkapan asas untuk memasak dan berehat. Kesemua bilik mempunyai kipas dan 2 daripadanya berhawa dingin. Terdapat kemudahan untuk meletak 2 buah kereta.


Bagi yang mementingkan keselamatan, tidak perlu risau kerana kediaman ini terletak di persekitaran perumahan yang tenang dan damai. Lokasinya juga sangat strategik kerana terletak tidak jauh dari kebanyakan pusat tarikan pelancongan yang terkenal di negeri Melaka.


Kami mengalu-alukan kedatangan anda..

Saturday, May 21, 2011

Kemudahan

Ruang Tamu Ruang tamu yang luas ini dilengkapi dengan:
Kipas kawalan jauh
Set sofa (2 + 3)
Meja kopi
Meja konsol
Kabinet & set TV
Astro


Bilik Utama
Bilik yang luas dilengkapi dengan :-
Penghawa Dingin
Kipas
Katil Divan bersaiz Queen
2 unit selimut & 1 unit bantal tambahan
Almari pakaian & meja solek
Penyidai pakaian & sejadah
Set TV
(Boleh memuatkan tilam tambahan bagi keluarga yang besar)


Bilik Kedua

Bilik ini dilengkapi dengan:-

Penghawa Dingin

Kipas

Katil Divan bersaiz Queen

2 unit selimut & 1 unit sejadah

Almari pakaian & meja solek

Penyidai pakaian


Bilik Ke Tiga (terletak di tingkat bawah)

Bilik ini dilengkapi dengan :-

Kipas
Katil bersaiz Queen

2 unit selimut
Almari pakaian

Penyidai pakaian & sejadah

(Boleh memuatkan tilam tambahan bagi keluarga yang besar)


Bilik Ke Empat


Bilik ini mempunyai:-

Kipas

2 unit katil bujang

2 unit selimut

Almari pakaian

Penyidai pakaian

Ruang Makan & Dapur


Ruang makan yang dilengkapi dengan peralatan asas seperti:


Peti sejuk

Periuk nasi & cerek elektrik

Periuk & kuali

Dapur gas

Almari (pinggan mangkuk & set kopi disediakan)